Sunday, May 11, 2014

oh, sahabat tidak begini

pecah. berkecai. hancur.

cantum? ya. cantum semula.

takkan mungkin kembali sama seperti yang asal. yang ori.

kita tak pernah dan tak akan suka pada pengkhianatan.
orang baik ke orang jahat ke orang biasa ke orang luar biasa ke.
tak mungkin suka pengkhianatan.

ikhlas. sangat ikhlas. jujur. selalu jujur. sentiasa mahu buat dan beri yang terbaik.
selagi kudrat ada, ingin menjadi insan yang baik.

kita bila berbicara jangan sampai "cakap tak serupa bikin".
semalam cakap A. hari ni cakap B. dan esok cakap C pula.
jelak. bosan. muak.
kita tak pernah betul. dia saja yang bagus, semuanya betul.

semalam merayu minta itu dan ini. mohon belas dan simpati.
hari ini, sunyi sepi umpama saling tidak mengenali. bersapa mesra apatah lagi.

kita ni umpama, layaknya bila perlu dicari.
tiada guna, asingnya jasad ini.
sungguh rasa dipergunakan diri ini.

sekali dua dan ketiga kali, sabarnya diri ini.
untuk kali yang seterusnya, hancur sudah hati ini.
dan takkan sama seperti yang dulu lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...