Sunday, May 25, 2014

resepi : cucur udang @ cekodok udang

tengok tajuk tu rasanya semua boleh buat. cekodok, resepi paling senang kan? walaupun senang, nak share gak kat sini heheh. sebab ada yang minta resepi ni aritu. jadi, marilah kita lihat apakah bahan-bahannya.


bahan-bahannya (untuk hidangan 3-4 orang);

Bahan A
  • 200gram udang segar, saiz sederhana (cincang kasar)
  • 1 cekak daun sup (potong kasar)
  • 1 cekak daun bawang (potong kasar)
  • 2 biji bawang besar (cincang kasar)
  • 2 ulas bawang putih (cincang kasar)
  • 1 tbsp serbuk kari
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
Bahan B
  • 1 biji telur
  • tepung gandum
cara-cara membuat adunan;

(1) masukkan semua bahan A dalam sebuah mangkuk. campur air sehingga bahan-bahan tadi tenggelam. tapi jangan terlalu banyak. tambah garam dan sesuaikan ikut rasa masing-masing.

(2) masukkan telur, gaul rata.

(3) masukkan tepung dan adun sehingga pekat. adunan mengikut suka masing-masing. ada yang suka sangat pekat. ada yang suka sedikit cair.

(4) akhir sekali, goreng adunan dan hidang panas-panas. makan cicah sos cili pun sodap.

selamat mencuba!

*omong kosong : aku suka gunakan sudu makan @ tbsp untuk mengadun cekodok masuk ke dalam minyak panas untuk digoreng. kalau nak cekodok comel kecik-kecik, bole bentukkan guna sudu teh @ tsp. ada sesetengah orang suka bentukkan adunan cekodok dengan menggunakan tangan. ikut cara masing-masing ok :)

terima kasih sudi baca. cau beddah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...