Wednesday, May 14, 2014

sedikit kejutan buat suami 30032014

cerita lama ni. busy sangat sampai tak sempat nak share kat sini. well, kejutan biasa-biasa je pun. sempena birthday beliau yang jatuh pada 30/3 yang sudah lama berlalu. a'ah sudah lama berlalu heheh :P

maafkan daku wahai suami kerana tiada kek seperti tahun-tahun sebelum ni. tiada belon-belon seperti kebiasaannya. huhuh, sungguh sibuk diriku tahun 2014 ini... wah gitu sangat kan hahaha.

birthday encik suami tahun ni jatuh pada hari ahad. jumaat hingga ahad birthday beliau tu sebenarnya isterinya ini ada team building kat Port Dickson (PD). 1st time berjauhan lebih daripada 1 malam dan kali kedua tinggalkan beliau sorang-sorang kat rumah. heheh, mane penah berenggang selama ni wehhh.

hari ahad tu, terkocoh-kocoh la diriku ini balik rumah. wuiii... penat team building tak abis lagi dah kelam kabut nak gi cintan cintun ngan suami. sampai rumah dalam kul 2 lebih. tengok suami masih dengan pakaian solat beliau kat sofa sedang pura-pura tido. diulang sekali lagi, pura-pura tido ok. hahah... ceh! aku dah faham sangat beliau ni. saje la tu nak manja-manja supaya aku datang kejutkan beliau.

tapi tidakkk... muahahah. sangkaan beliau meleset apabila aku melontarkan suara petir. kahkahkah. "eh, laaa... tak siap lagi ke? hadoiii...". suami balas suara petir ku dengan angin sepoi-sepoi nyaman, "aik? kita nak gi mane?", dengan disulam tanda soal besar atas kepala beliau (ok itu imaginasi ku saje heheh).

aku dengan tak sempat nak tukar baju tak sempat nak duduk, terus terbalikkan luggage bag untuk keluarkan baju-baju kotor bawa balik dari PD ke atas lantai. ye kawan-kawan, ku terbalikkan sajo luggage ku itu. then, dengan pantas capai baju lain untuk bekalan 1 malam di hotel lain pulak. sekali lagi suara sepoi-sepoi guruh aku kedengaran "darling... ooo darling ooiii... cepat la amek selai dua baju seluar dan sebagainya. kita nak check-in ni. rugi woo check-in lambat". wah gitu sangat. cakap kasar ngan birthday boy ku, ahak ahak.

kasi settle kain baju dan sebagainya, terus pecut menuju ke The Gardens Hotel and Residences-St Giles Luxury Hotel, Mid Valley City. tudiaaa, panjang nauuu namanye. deluxe room with breakfast @ RM510/night.

eh lupa. "surprise sayang!!!". nyeh nyeh nyeh. suka tak, suka tak". kahkahkah. macam ape je kan. beliau tak heran pun duduk hotel mane. letak luggage, bersihkan diri dan rehat jap. pastu calo bete. mari cari makanan. siap makan, jalan-jalan cuci mata dan beli kudap-kudap. bekalan untuk melepak bermalas-malasan dalam bilik. menjadi gajah bersama-sama muehkehkeh.

eh panjang dah cite. tengok gambar la pulak ye. terima kasih sudi baca tauuu.
jaga hati jaga diri. cau beddah! ;)

pak incik birthday boy ku


oh bantal + katil empuk. aaauuummm!



oh, hi jiran sebelah :P *lambai tangan*


on the way ke swimming pool terserempak ngan gym depa yg luas ni
ada 3 org je dalam gym masa ni. seronok je tengok. aman tenteram

tak terjun tiruk pun kat sini. mood nak jalan cintan cintu je masa ni heheh


ok, good night lovelies. muaxh!

2 comments:

  1. Salam perkenalan. Bestnya kat hotel tu...

    ReplyDelete
  2. hi Asmin Fahmi :) salam perkenalan kat awak juga. a'ah best... senang nk shopping, wah gitu :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...