Thursday, August 21, 2014

ulau melingkau atas pagau, jalan² ke melaka lagi

lama dah book hotel ni. rasanya, sebulan sebelum check-in dah settle ngan booking, heheh. tujuan ke Melaka nak attend kenduri kawin geng serumah + se-ofis dulu, Suhaila Othman.

aku + J (suami aku la kan heheh), memang dah lama target nak stay sini. memang dah plan awal², if ada urusan ke Melaka, nak stay kat Majestic Hotel, Melaka. lama wooo menabung nak stay sini, ahaksss :P

kesimpulannya selepas duduk sini ialah, sangat best! Majestic Hotel, Melaka sangat best! layanan staf superb. environment tenang dan eksklusif. bilik memang cantik dan selesa. memang puas hati lah, wa cakap lu. keluar bilik pun sebab nak terjun swimming pool @ nak gi makan je. selebihnya memang terperap dalam bilik menikmati suasana mewah bilik. wah gitu sangat kan hahahah...

kami sampai awal, dalam jam 1:00petang gitu. check-in time 3:00pm, macam biasa. kami saje je cuba nasib, mana tau dapat bilik awal. Alhamdulillah, dipermudahkanNYA. ada bilik yg available. sampai je kat lobby, kami disambut dengan 4 orang staf hotel dengan senyuman mesra dan diberikan 1 warm wet towel untuk both of us. selalunya aku berdiri menunggu je kat reception counter masa urusan check-in. kali ni kami duduk kat sofa bersenang lenang sambil lap muka, lap tangan dan sebagainya sementara menunggu urusan check-in siap. staf hotel bertugas yang datang kat kami, amek IC dan details, kami tak berganjak langsung dari tempat duduk, hahah. urusan check-in pun tak lama. makanya, hati aku seharusnya berbunga² lah kan. sepanjang hidup dan gi hotel merata-rata ni, bermacam ragam juga yang aku alami. dan urusan kat Majestic Hotel, Melaka kali ni, sememangnya terbaik!

selesai urusan di kaunter, aku + J diiringi 2 staf hotel menuju ke bilik. seorang bellboy dan seorang lagi staf perempuan. ala, lupa pulak nak amek gambar diorg masa tu. yang lelaki berpakaian seragam kolonial British dan yang perempuannya berkebaya nyonya. alah alahhh... memang suka lah tengok diorg berpakaian macam tu. mesra je layan kami dan menjawab semua soalan kami yang bertubi-tubi, heheh. oh ye, yang bellboy tu tugasnya bawa barang² kami manakala simanis berkebaya nyonya tu bawa bakul nyonya (ada barang dalam bakul nyonya tu, kami tak tanye pun ada bendanya). kami berdua suami isteri, lenggang kangkung macam boss hahaha...

OK now, masa untuk layan gambar. 

tak ramai orang masa ni. so, sangat privacy uolsss...
(kalau ramai pun, rasanya diorg stay kat bilik je macam kami berdua hihih)
gambar ni saje je... buat penuhkan koleksi gambar hahaha
aku memang melopong dan seronok gaban bila masuk bilik ni
aku suka lantai macam ni, best je rasa. teringat rumah lama, rumah kampung.
kebanyakkan hotel sama ada berlantaikan tiles atau carpet.
katil dia memang majestic. tilam + bantalnya, haruslah empukkk...
bakul tu la yg dibawa staf hotel tadi, complimentary chinese tea. comel kan?
gambar sebelah tu complimentary kuih nyonya untuk hidangan minum petang.
pemandangan luar daripada tingkap bilik kami
saje poyo-poyo tampal gambar ni :P
haihhh, masih terasa enaknya tidur di atas katil ini
macam biasa, gambar bathroom harus ada ditepek sekali
sempat berendam dalam bathtub sekali je. risau memula sebab stok rock salt dah abis.
tapi jangan risau, kat sini memang ada disediakan rock salt untuk kegunaan tetamu.
tak sempat gi spa kat sini. spa bersebelahan dengan swimming pool.
swimming pool kat sini tak besar mane pun. tapi aku suka je hihih



bilik bacaan + tv ni bersebelahan dengan lobby. interior klasik.
malam tu dinner date ngan J kat HRC Melaka kejap
kemudian Nisha + member datang join memeriahkan suasana.
J sempat shopping baju
breakfast menu biasa² saja. rasa makanan not so bad la jugak. yang penting alas perut kan?
nampak biskut gula tu? barang rare tuuu... kecik² dulu suka tang gula tu je hahah
OK, babai Majestic Hotel, Melaka. terima kasih atas layanan yg eksklusif.
we will coma again in future!
haaa, tu lah sedikit sebanyak cerita cuti hujung minggu kami di Melaka sebelum puasa tempoh hari. seronok je stay situ, rasa tak nak balik pun ada hahahah...

OK uolsss, terima kasih sudi singgah sudi baca. jaga hati jaga diri. cau beddah!

Wednesday, August 6, 2014

thirty five, high five!

happy birthday Salinawati Sani!

Alhamdulillah, sesungguhnya tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya... syukur Ya Allah :)

i really had blast today; triple surprise! teringat zaman study dulu. pagi petang siang malam kengkawan raikan birthday aku, heheh. aku mengingati kalian walau di mana pun kalian berada.

moga Allah memberi rahmatNYA padaku selamanya, amiin...

a sweet surprise from my beloved colleagues. thanks a bunch guys!

a-crazy-surprise from a-crazy-lady :P
(she surprised me at a shopping mall, hahah merah² panas² pipi gua)

aaawww~ my BBB hantar bunga sedap ni. nyammm~
thank you so much sayang! i love love love it!

Sunday, August 3, 2014

KLCC through our window

it is almost 2 months now till I have time to update this blog. huhuh... minta maaf, uolsss (eh, ada ke yang rajin skodeng sini, kalau ada, trimas banyak-banyak ye uolsss)

kali ni nak share cerita pendek tentang our unplanned weekend getaway at Traders Hotel by Shangri-La, Kuala Lumpur. heheh, iyeee... dekat je ngan rumah. drive 30min dah sampai situ. well, memang last minute decision pun untuk short vacation ni. ala-ala surprise gitu :P

nak sampai ke hotel ni agak mencabar juga. kami pegi pada 7 Jun 2014 (Sabtu), bersamaan dengan hujung minggu orang nak shopping raya + final bola sepak Piala FA, Pahang menentang KL Felda United. wuiii, sememangnya mencabar kesabaran daku. dengan jem hazab kebabom + perut bergelora kelaparan + kepala pusing nengok orang ramai berpusu-pusu nak shopping raya, memang hazabedah kuasa dua.

sampai hotel around 2:00pm + cuba nasib untuk check-in awal

Alhamdulillah dapat bilik seawal 2 petang. selalunya check-in kat lobby hotel, tapi kat sini check-in kat level 5. we booked Deluxe Twin Towers room, kengkonon nak tengok KLCC seawal celik mata bangun pagi, heheh. hotel guest kat sini, dapatlah Afternoon Tea from 2:30pm to 4:30pm and Evening Cocktails from 5:00pm to 7:00pm for free! kemudian coffee, tea and soft drinks are available throughout the day. lepas tu ada complimentary pressing service for 2 pieces of clothing per stay juga. memang best lah.

bilik besar, karpet lembut, ada sofa dan tempat tido haruslah king size bed!




seperti selalu gi hotel memane pun, daku mesti jenguk bathroom dulu heheh

nice bathroom

selalunya kami bawa rock salt untuk sesi berendam, tapi kat sini memang ada tersedia

kebanggaan Malaysia. megahnya KLCC


gi Afternoon Tea kejap, pastu terus ke Suria KLCC gi shopping + cuci mata

no singlet, slippers and flip-flops for Evening Tea. Smart Casual please :)

our 1st room, deluxe twin towers view
(just before they upgraded our room)

KLCC di kala senja

bilik kami di upgrade kepada Executive Twin Towers dek kerana masalah aircond.
biliknya harus lebih besar berbanding bilik sebelum tu.



bathroom ni best. luasss sesungguh! daku suka suka sukaaa

the executive twin towers room

klcc at night ;)

mari makan!

great widespread for breakfast

lepas breakfast singgah sini cuci mata kejap. swimming pool biasa-biasa aje

sesi bergambar la pulak...


dan selit gambar berdua seketul heheh

OK, gambar terakhir sebelum check-out + pulang ke sangkar

memang puas hati la stay sini. inshaALLAH kalau ada rezeki lebih, nak datang lagi ;)

terima kasih sudi baca. jaga hati jaga diri, cau beddah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...