Thursday, October 2, 2014

jangan memandu dengan siku!

hari ni jalan sesak seperti kebiasaannya, jalan menuju ke ofis. rutin aku, drive dengan kelajuan biasa-biasa saja dan cuba sebaik mungkin untuk menunjukkan perikemanusiaan. wah gitu sangat ye. tapi memang betul pun. diri + hati lebih rasa tenang apabila kita memberikan aura positif seluas mungkin.

sampai ke satu jalan yang menghampiri ofis, di hadapan kereta aku ada seekor kancil sedang bergerak laksana seekor siput. di hadapan seekor kancil itu pula tiada kenderaan lain. kosong. yang peliknya seekor kancil tersebut berjalan di atas garisan tengah, tidak berada di lorong kanan mahupun di lorong sebelah kiri.

getus hati, "oh takpe lah, mungkin OKU sedang memandu @ warga emas yang memerlukan masa pemanduan berhemah". tapi mengapakah sikancil itu berada di atas garisan putih pembahagi jalan tu?

ku lihat jam, "alamak, lambat dah ni". lantas aku memcut sedikit untuk mendekati sikancil di hadapan ku itu. ingatkan kancil tu akan memecutkan diri kerana aku menghampirinya kan. ceh, hampeh. lek je dia meng-siput-kan dirinya.

tetiba, nk himpit kereta aku plak. jadi ku berikan la hon manja-manja gitu. terkejut agaknya sikancil itu, lalu kelam kabutlah dia untuk masuk semula ke laluan yang betul. apabila ku jeling... rupanya!!!

aaarrrggghhh!!! sikancil sedang bersolek! sedang menyolek matanya. ku agak dia sedang memegang maskara... dan sikancil sedang tergelak-gelak. wahhh hatiku mendidih geram.

aduyaiii, cik akak... jangan la membahayakan nyawa orang lain dengan tindakan tidak-bijak-langsung mu itu wahai cik akak. ngok ngek samdol betul lah. dia bole gelak tu yang aku bengang tu. lupa pulak nk tengok no.plat sikancil tersebut. haihhh... potong betul lah!


*moral cerita : sila bersolek/mekap dalam keadaan tenang + selamat dan bukan di dalam keadaan anda sedang memandu kenderaan. tolong jangan bahayakan nyawa orang lain walaupun anda hebat memandu dengan siku!

terima kasih sudi baca! jaga diri jaga hati, cau beddah!

2 comments:

  1. apasal xhon panjang lepas potong keta kancil itu...
    xcukup dgn tu slow kan kenderaan.. ludahkan dia.. hahaha kejam kan?

    ReplyDelete
  2. hihihi, masa tu otak dah takleh digest utk hon pepanjang. mulut je la kumat-kamit mencaruts sikit hahahaha... 1st time ok jumpa situasi cenggitu. hahahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...