Thursday, October 9, 2014

resepi : mee suah basah simple (tapi sedap)

mee suah. agak kurang glamer dikalangan orang Melayu. aku belajar makan mee suah ni pun masa kecik-kecik dulu, bunda suka makan mee suah. bunda suka masak mee suah. bahan-bahannya very simple. serius sangat mudah. tapi hasilnya, perghhh!!! meleleh ayaq lioq kalau teringat heheh. ermmm, lamanya tak makan mee suah masakan bunda.

jadi, ayuhhh... jom cuba resipi mee suah bunda aku yg super duper simple ni.

ini la rupanya mee suah yang aku masak sendiri hihih.
ada orang komen, gambar ni macam gambar hotel dining.
aaawww, terima kasih la ye :)
bahan-bahannya (untuk hidangan 2-3 orang):
  • 3 tbsp minyak masak (aku menggunakan olive oil).
  • 4 ulas bawang putih - dicincang.
  • 2 ulas bawang merah - dihiris.
  • 5 tangkai cili padi - dipotong kecil (ikut tahap ketahanan pedas masing-masing).
  • 2 tbsp udang kering - ditumbuk kasar.
  • 200 gram mee suah - rendam dalam air sejuk selama 1 minit sebelum dimasak.
  • 1-2 biji telur.
  • kicap soya, garam dan gula (bahan perasa).
  • sedikit air untuk kuah/sup.
bahan hiasan:
  • bawang merah goreng.
  • daun bawang @ daun sup - dihiris.
cara-cara memasak:
  1. panaskan minyak masak dan tumis bawang putih + bawang merah hingga naik bau.
  2. masukkan cili padi dan udang kering, kacau sehingga naik bau udang kering.
  3. masukkan air dan biar hingga mendidih. 
  4. kemudian, masukkan mee suah dan sedikit kicap soya.
  5. pecahkan telur dan kacau.
  6. tambah garam dan gula mengikut rasa masing-masing.
  7. tutup api apabila rasa sudah sebati.
  8. hiaskan dengan bawang goreng rangup dan daun bawang @ daun sup mengikut kesukaan.
  9. mee suah basah sedia untuk dimakan.
jangan terus makan masa mee suah tu masih panas. melecur pulak bibir lidah dan gusi tu nanti, heheh. mee suah ni memang sedap dimakan panas-panas, tapi berhati-hatilah ye. bila dah sejuk, memang kurang sedap rasanya.

macam aku, suka letak bawang goreng dan daun sup banyak-banyak. suami aku pulak jenis tak suka bawang goreng dan daun sup. so, dia makan mee suah tu kosong gitu je. tapi bertambah juga la encik suami makan aritu hehehe... sedap la tu kan kan kan. ceh, tak bole blah langsung, puji diri sendiri siottt kahkahkah...

so, inilah resipi mudah aku, eh salah. resipi simple bunda aku. rencahnya udang kering je. tapi korang boleh gantikan udang kering tu dengan ayam atau udang segar mengikut selera masing-masing.

OK lah, selamat mencuba uolsss... terima kasih sudi baca.
jaga diri jaga hati, cau beddah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...