Sunday, March 29, 2015

balik kampung + singgah di Karambunai, Sabah

cerita dah lama. huhu...

sibuk dengan urusan rumahtangga dan sangat sangat sangattt sibuk dengan urusan ofis.
2015 sememangnya tahun yang sangat mencabar mental + fizikal diri ini, wuhuhuh...

OK, patah balik ke pertengahan Disember 2014 dan selepas 483 hari meninggalkan kampung halaman, kami kembali pulang ke pangkuan keluarga di Sarawak. dedua excited nak sampai ke rumah. tak sempat singgah rumah kat KK, Sabah pun... terus drive ke Lawas, Sarawak sebab rindu sangat nak peluk bantal yang sudah lama ku tinggalkan. wahahahah :P

kami cuti tak lama, 16 hari je. tapi cukup la melepaskan rindu kat keluarga dan kampung halaman. Alhamdulillah...

ermmm... OK lah, sila la layan gambar-gambar yang banyak ni ye. selamat skodeng + bersabar, heheh...

disebabkan terlalu excited, mata tak nak lena so layan tv la
OK, belanja sekeping gambar kami berdua :P
nampak view tu tandanya dah nak landing kat airport KK, Sabah
anak + menantu yang awal-awal lagi bagitau nak makan udang galah segar!
sedap OK. semua ni untuk kami berdua je tau
esoknya dapat ketam gemuk segar pulak :P
selepas 5 hari di kampung kami ke Karambunai, Sabah. tu 4WD abah la tu
kami menginap di Borneo Beach Villas, Karambunai
tempat lepak sambil menikmati pemandangan indah pantai
swimming pool yang kecik comel
stay di 2 beadrooms seaview pool villa
sememangnya feeling like home
ini master bedroom
pemandangan yang bole dilihat dari master bedroom
dan ini master bathroom pulak. super huge!
bilik tidur dan bilik air kedua
haaa, inilah pemandangan yang bole dilihat dari villa kami
hadiah kami buat abah + bunda sempena wedding anniversary ke-36 tahun

rindunya ngan abah
and we woke up to this the next day!
dari kiri; daku, bunda, bakal adik ipar dan adik bakal adik ipar
dan paling kanan ialah suami iolsss, heheh
oh ye, most of the piccas were shot via iPhone 5s aje
abah dan anak terunanya ;)
our beloved bunda + abah. tahun ni rezeki menunaikan Haji, inshaALLAH
amazing view, kan?
sejak sampai sampai la nak check-out, ombak kat sini memang agak 'garang'
sempat la celup-celup badan kat air laut kejap heheh
OK, masa untuk terbang pulang ke KL
menu kami semasa otw balik ke KL
terima kasih MAS untuk makanan sedap ini
percutian balik ke kampung setahun sekali yang singkat. rasa tak cukup tapi bersyukur kerana dapat melihat wajah-wajah insan tercinta dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Alhamdulillah...

oh ye, terima kasih sudi mampir dan baca blog ini tanpa jemu.
jaga hati jaga diri OK.
cau beddah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...