Wednesday, August 19, 2015

ulangtahun perkahwinan ke-4 di Villa Samadhi

(ini adalah entry lama. entry yang sangat lama. kisah kami di bulan Januari 2015 yang sudah lama berlalu)

wow. dah 4 tahun kami menjadi suami isteri ye, heheh...
Alhamdulillah, syukur... harus la ada pasang surut, suka duka, nangis ketawa, gaduh merajuk semua kan. yang penting mesti mahu terus gigih dan berusaha untuk menjadi suami isteri yang soleh dan solehah. InshaAllah, Aamiin! :)

sudah lama juga kami skodeng Villa Samadhi ni. sejak penghujung tahun 2013 rasanya. tengok rate utk 1 malam, aduh! nak pitam rasa. harus makan masa yang lama kalau nak menabung sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Alhamdulillah, selepas setahun gigih menabung dan beberapa siri mesyuarat antara kami suami isteri, akhirnya tercapai juga hasrat nak menyambut our 4th wedding anniversary kat sini.

oh ye, wedding anniversary kami ialah pada setiap 1st January. memandangkan tarikh tu tarikh cuti dan tarikh-semua-hotel-jadi-mahal, makanya kami memilih tarikh lain untuk stay kat sini iaitu 10th January, di mana tarikh tu kengkonon tarikh kami couple. muahahah :P

both of us ni memang buta jalan kat KL (memang buta jalan kat mana-mana pun). eventho guna bantuan waze, tetap sesat juga. tapi tak sesat jauh mane, sesat satu dua pintu away aje. sampai di Villa Samadhi around 2:00pm dan Alhamdulillah rezeki kami boleh check-in awal sikit.

jalan menuju ke villa kami, Luxe Sarang
villa nombor 2. sunyi sepi je keliling walaupun terletak di tengah bandaraya KL
super large room!
terus berangan nak buat rumah macam ni kat kampung
study @ working area + mini walk-in closet. kena lalu sini kalau nak ke bathroom
haaa... bathroom PALING LUAS yang pernah kami stay selama ni. best wo!
memang luas gils uolsss... bole main badminton kat sini ok
dalam air di kiri kanan titi papan tu ada banyak ikan koi
mini lagoon ni pun menarik gak. boleh terjun tiruk dari bilik hahahah
dinner di Mandi-Mandi. menu simple + praktikal. not bad juga masakannya. harga pun murah.
view di waktu malam
pemandangan dari Mandi-Mandi dining area di pagi hari
breakfast spread pun not bad, cuma tak semeriah macam kebiasaan hotel lain
our table was overlooking the reception area
our breakfast dan ruang makan Mandi-Mandi di waktu siang
lepas breakfast sambung mandi kolam + chillax. tepat jam 12:00noon kami check-out
memang terbaik wok! very friendly and attentive staff.
suasana memang aman. agak susah nak nampak couple lain berlegar-legar di kawasan villa ni. semua berhibernasi dalam bilik menikmati suasana romantik yang ada. kalau nampak guest lain pun masa breakfast.

all in all, kami bagi 5 bintang untuk Villa Samadhi! ;)
OK lah, jaga hati jaga diri... cau beddah!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...