Monday, September 21, 2015

Haji 1436H ~ we are missing you Abah + Bunda

Alhamdulillah. terima kasih Ya Allah, kerana Kau makbulkan doa dan hajat aku untuk menghantar kedua ibubapa ku untuk menunaikan fardhu Haji musim ini di tanah suci Mu, Ya Allah.
terima kasih Allah, kerana memberi peluang untuk menyumbangkan sesuatu kepada mereka.
terima kasih Allah, kerana melancarkan persediaan Haji kedua orang tua ku.
terima kasih Allah, kerana memberikan rasa manisnya bahagia ini.
 terima kasih Allah, kerana menggerakkan hati ku untuk balik ke kampung tempoh hari.
terima kasih Allah, kerana memberikan pasangan yang sangat memahami.

perasaan yang paling indah apabila tahu sumbangan kecil diri ini dihargai dan disyukuri. segalanya hanyalah demi kesenangan mereka Ya Allah. tiada lain yang aku harapkan hanyalah kebahagiaan dan redhaMu ke atas mereka berdua, abah dan bunda ku.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau berikanlah kebaikan di dunia dan di akhirat kepada abah dan bunda ku... dan jauhkanlah mereka dari seksa api neraka. InshaALLAH... Aamiin...

Allah, Kau lebih mengetahui.

we are missing you, abah dan bunda

"rindu Mekah", ujar bunda. terserlah wajah gembira pada hari mereka berlepas ke Jeddah

gambar kiriman daripada rakan sebilik bunda (Cikgu Rohaya)

lega hati tengok wajah gembira abah dan bunda. oh rindunya!

abah dan bunda berlepas ke Jeddah dari lapangan terbang Kota Kinabalu pada 1 September lepas. sementara menyesuaikan diri dengan suasana dan cuaca di sana, sempat juga beberapa kali mereka menunaikan Umrah. syukur Alhamdulillah...

23 September (rabu ini) bersamaan 9 Zulhijjah 1436H, semua jemaah Haji akan berwukuf di Arafah. mari kita beramai-ramai mendoakan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan keselamatan kepada semua jemaah Haji di Tanah Suci. inshaALLAH, Aamiin Ya Allah...

pandanglah langit Arafah. renungilah bahawa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikat-Nya berkumpul di langit Arafah dan membangga-banggakan umat-Nya yang sedang Wukuf di Arafah di hadapan para malaikat-Nya di langit. disebutkan dalam hadis Qudsi bahawa Allah berfirman: "lihatlah kepada hambaKu di Arafah yang lesu dan berdebu. mereka datang ke sini dari penjuru dunia. mereka datang memohon rahmatKu sekalipun mereka tidak melihatKu. mereka meminta perlindungan dari azabKu sekalipun mereka tidak melihat Aku". Allah sangat memuliakan hari Wukuf di Arafah. hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang Wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka.

p/s : abah... bunda... balik ye, kami menanti kepulangan abah dan bunda ke tanahair dengan selamat :)

Saturday, September 19, 2015

ke Langkawi lagi :)

dua tahun berturut-turut gi Langkawi. tahun 2014 gi reramai ngan sahabat-sahabat kesayangan di ofis. trip tahun 2015 ni hanya berdua-duaan saja. geng-geng lain decided gi sendiri, juga bawa keluarga memasing.

tahun lepas naik Air Asia. kali ni first time naik Firefly kat Subang Airport. oh ye, ini juga cerita lama. cerita bulan Mac 2015 yang lepas selama 5 hari 4 malam sahaja :P

first and second night kami bermalam di De Baron Resort Langkawi. bilik Deluxe with breakfast dalam RM200+ gitu. kemudian, malam ke-3 kami bermalam di The Gemalai Village, Dangau Hut - single storey chalet with breakfast. dan untuk malam terakhir kami stay di Meritus Pelangi Beach Resort and Spa. kali ni bilik betul-betul mengadap pantai. baru fe-feeling bulan madu gitu hahaha...

oh, untuk room rate terkini bagi hotel @ resort yang kami penah stay tu, sila google atau call terus reservation desk diorg ye. sebab kami pegi hari tu sebelum GST ;) 

during our trip ni juga sebenarnya sudah menghampiri LIMA 2015. jadinya, hari-hari percutian kami turut dimeriahkan dengan pertunjukkan (rehearsal) jet-jet tempur pelbagai negara. walaupun tak sempat melihat sendiri kehebatan pertunjukkan LIMA, at least ada juga pengalaman mendengar supersonic jet tempur. memang kebabom best wooo!

tak sampai 30 penumpang
sampai Langkawi Airport terus cari kereta sewa + Mangrove tour. then gi lunch

hari pertama sampai terus cuci mata, tak buang masa langsung heheh

hari kedua kami gi Mangrove tour, dapat pakej RM120/pax inclusive lunch
bot tour kami dikongsi bersama another 5 foreigners dari Singapore + Canada
bermula around 9:00a.m dan berakhir sekitar 1:00p.m

ikan besar dalam sangkar, kalau tak silap ni ikan kerapu


encik suami membelai ikan pari. iolss tengok dari jauh aje hihih

ala lupa nama tour guide kami ni. lelaki melayu berasal dari Johor katanya
selepas Mangrove tour kami singgah ke Ayer Hangat Village jenjalan rendam kaki gitu
dan seterusnya ke Langkawi Wildlife Park. sila bawa anak-anak anda ke sini ok, memang berbaloi-baloi!

 bagi makan sekumpulan flamingo yang manja :D
hehehe, sebenarnya arnab yg ada laaagggiii banyak. comel manja je semuanya. eiii geram!
settle jalan-jalan, balik hotel dan keluar semula untuk dinner dan cuci mata tengok helang paling besar
hari ke-3 di Langkawi. layan jiwa di tepi laut sebelum check-out
kali ke-2 lunch kat sini. kedai makan kegemaran kami di Langkawi
yesss... lama dah plan nak ke sini. nak tinggal di bendang heheh
inilah chalet yang terdapat di The Gemalai Village, highly recommended!
dan inilah chalet penginapan kami untuk 1 malam
seriously, we felt like at home. sangat-sangat selesaaaaa...
unik dan tersendiri
pemandangan yang mendamaikan

perkampungan gemalai :)

aktiviti petang kami heheh

dan encik suami yang sedang memasang strategi untuk menangkap ikan di sawah
rindunya dengan tempat ni
our breakfast, dihantar terus ke chalet penginapan kami
berjaya juga menangkap ikan haruan beberapa jam sebelum kami check-out dari sini

yeay! berjaya jugak tangkap seekor ikan haruan ;)
check-out dari sawah bendang, check-in pula di Meritus Pelangi
inilah bilik kami untuk malam terakhir di Langkawi
pemandangan terus ke pantai
sesambil sejukkan bilik, kemas-kemas barang kiriman kengkawan ofis dan adik beradik ke dalam beg
settle kemas-kemas, jom kita cuci mata chillax di tepian pantai

jalan-jalan tepi kolam
missing this view
majestic view indeed
jalan-jalan cintan cintu selepas breakfast, beberapa jam sebelum terbang pulang ke KL

LIMA 2015 fighter jet rehearsal, view from Meritus Pelangi beach


another fighter jet rehearsal for LIMA from the boarding area Langkawi International Airport
(while waiting our flight to KL)

gambar-gambar yang sempat ditembak semasa berjalan ke aircraft
kami berdua sangat berpuas hati dengan trip ke Langkawi kali ni. gi visit tempat-tempat yang kami tak sempat visit pada tahun sebelumnya. Alhamdulillah, memang seronok double triple lah. nanti kita datang sini lagi ok? 2017, perhaps? :D

terima kasih sudi baca ;)
jaga hati jaga diri, cau beddah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...