Monday, September 21, 2015

Haji 1436H ~ we are missing you Abah + Bunda

Alhamdulillah. terima kasih Ya Allah, kerana Kau makbulkan doa dan hajat aku untuk menghantar kedua ibubapa ku untuk menunaikan fardhu Haji musim ini di tanah suci Mu, Ya Allah.
terima kasih Allah, kerana memberi peluang untuk menyumbangkan sesuatu kepada mereka.
terima kasih Allah, kerana melancarkan persediaan Haji kedua orang tua ku.
terima kasih Allah, kerana memberikan rasa manisnya bahagia ini.
 terima kasih Allah, kerana menggerakkan hati ku untuk balik ke kampung tempoh hari.
terima kasih Allah, kerana memberikan pasangan yang sangat memahami.

perasaan yang paling indah apabila tahu sumbangan kecil diri ini dihargai dan disyukuri. segalanya hanyalah demi kesenangan mereka Ya Allah. tiada lain yang aku harapkan hanyalah kebahagiaan dan redhaMu ke atas mereka berdua, abah dan bunda ku.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau berikanlah kebaikan di dunia dan di akhirat kepada abah dan bunda ku... dan jauhkanlah mereka dari seksa api neraka. InshaALLAH... Aamiin...

Allah, Kau lebih mengetahui.

we are missing you, abah dan bunda

"rindu Mekah", ujar bunda. terserlah wajah gembira pada hari mereka berlepas ke Jeddah

gambar kiriman daripada rakan sebilik bunda (Cikgu Rohaya)

lega hati tengok wajah gembira abah dan bunda. oh rindunya!

abah dan bunda berlepas ke Jeddah dari lapangan terbang Kota Kinabalu pada 1 September lepas. sementara menyesuaikan diri dengan suasana dan cuaca di sana, sempat juga beberapa kali mereka menunaikan Umrah. syukur Alhamdulillah...

23 September (rabu ini) bersamaan 9 Zulhijjah 1436H, semua jemaah Haji akan berwukuf di Arafah. mari kita beramai-ramai mendoakan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan keselamatan kepada semua jemaah Haji di Tanah Suci. inshaALLAH, Aamiin Ya Allah...

pandanglah langit Arafah. renungilah bahawa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikat-Nya berkumpul di langit Arafah dan membangga-banggakan umat-Nya yang sedang Wukuf di Arafah di hadapan para malaikat-Nya di langit. disebutkan dalam hadis Qudsi bahawa Allah berfirman: "lihatlah kepada hambaKu di Arafah yang lesu dan berdebu. mereka datang ke sini dari penjuru dunia. mereka datang memohon rahmatKu sekalipun mereka tidak melihatKu. mereka meminta perlindungan dari azabKu sekalipun mereka tidak melihat Aku". Allah sangat memuliakan hari Wukuf di Arafah. hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang Wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka.

p/s : abah... bunda... balik ye, kami menanti kepulangan abah dan bunda ke tanahair dengan selamat :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...