Monday, November 23, 2015

Haji Sani dan Hajah Salmi, Alhamdulillah...

[minta maaf, post ni agak kelewatan untuk dikongsikan] :P

Alhamdulillah, hari kepulangan kedua ibubapa kami dari tanah suci Mekah dan Madinah telah tiba sudah 5 minggu berlalu. syukur Ya Allah, Kau masih beri peluang untuk kami merasai sentuhan kasih sayang daripada mereka berdua :)

genap seminggu balik dari Bali, kami terbang lagi. terbang pulang ke kampung halaman, menyambut kepulangan Abah dan Bunda tercinta kembali dari tanah suci Mekah dan Madinah. kami bertolak dari KLIA ke KKIA waktu tenghari, sampai KK elok-elok dua jam sebelum ketibaan penerbangan dari Madinah. berdebar dan tak sabar nak peluk both of them. rindunyaaa...

flight terakhir kami untuk tahun ni, MAS tetap di hati :D
sabar menanti ketibaan Abah + Bunda dari Madinah
terminal 3 KKIA khas untuk jemaah Haji
baju biru gelap = Adik Yat, baju merah = sape tah? hihih :P

berdebar-debar saat menanti tiba kemunculan Abah dan Bunda. seronok tengok suasana di airport, melihat keterujaan kaum keluarga menanti wajah-wajah kesayangan keluar dari terminal ketibaan. Allah, nikmat sungguh perasaan ketika tu :)
inilah wajah-wajah kesayangan kami. laju je airmata jatuh masa ni
jam 7:00 malam barulah nampak kelibat para jemaah Haji keluar dari terminal, seorang demi seorang. dua jam penantian kami untuk menatap wajah-wajah kesayangan. tersekat-sekat suara di kerongkong dek rasa gembira yang teramat sangat (sebenarnya rasa gembira yang amat sangat bercampur dengan menahan rasa sebak di dada. macam mimpi je dapat melihat kembali kedua orang tua yang sekian lama dirindui). berulang-ulang kali aku laung 'abah!'... 'bunda!'... untuk menarik perhatian mereka berdua. ye lah, memasing leka menolak trolley yang sarat dengan baggage dan fokus memandang ke hadapan sebab tak nak menghalang laluan yang tak berapa nak luas tu. dan kami sengaja berdiri di penghujung laluan so that laluan tu tak terhalang @ terganggu apabila tiba scene peluk-peluk cium-cium nanti.

dannn... orang pertama yang abah peluk ialah, menantu kesayangan beliau iaitu encik suami iolsss :P untung la jadi orang pertama dapat pelukan Abah. lepas tu baru turn aku. wahhh, ape lagi makin laju la air terjun mata ni. aku bukan anak manja tapi kali ni aku rasa aku yang paling manja sekali. and then, Bunda pulak sambung peluk cium, peluk lama-lama, cium puas-puas. haishhh... meleleh aje la airmata ni. pastu gelak-gelak sebab nak cover konon hahahaha...


Allah, syahdu tengok... Along sayang Abah!
 walau diri dan hati ini menahan daripada menitiskan airmata dengan suasana yang menggembirakan dan mengharukan itu, mata dan pipi tetap akan basah. automatik. para jemaah Haji dan sanak saudara yang setia menanti sama-sama meraikan penyatuan ini dengan linangan airmata dan senyum puas kegembiraan.

Intan was not with us that day, so dapat cakap via phone je la
plan asal kami terus bertolak pulang ke kampung di Lawas, Sarawak. termasuk dua orang pakcik dan isteri yang datang menyambut kepulangan Abah dan Bunda, jumlah semua sekali ada tiga kenderaan (2 sedan + 1 4WD). Abah dan Bunda memang request nak terus balik ke kampung, rindu rumah dan adik beradik kata beliau. maka, kami berkonvoi menempuh perjalanan yang jauh dalam pekat malam selama dua jam lebih dan selamat sampai ke rumah sebelum jam 10:00 malam.

 Alhamdulillah, kelihatan ramai adik beradik Abah dan Bunda, saudara mara dan jiran tetangga yang menanti ketibaan kami. terharu sangat-sangat. hilang rasa penat melihat keakraban semua yang ada. dan sekali lagi, suasana syahdu dan airmata menyelubungi kami. tersentuh hati melihat Abah mencari-cari adik beradik yang ditinggalkan, berpelukan sambil mengucapkan rasa syukur kerana dapat bertemu kembali. begitu juga Bunda, berpelukan kesyukuran dengan saudara mara dan jiran tetangga. bukan mudah nak melihat suasana begini. hari yang penuh dengan rasa kesyukuran dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Alhamdulillah...

terima kasih yang tak terhingga kepada pakcik makcik, sepupu-sepupu, saudara mara dan jiran tetangga yang datang ke rumah sejak awal pagi untuk membersih + mengemas rumah dan menyediakan juadah dinner serta kuah muih tempoh hari. nampak bersungguh-sungguh usaha masing-masing untuk memudahkan kami sekeluarga pulang ke rumah dalam keadaan yang selesa. rumah ini ditinggalkan selama 48 hari dan diamanahkan kepada adik Abah yang tinggal berdekatan untuk menjenguk rumah sekali sekala. kami, anak menantu Abah dan Bunda semuanya berada di luar kawasan, di luar Sarawak to be exact. jadi, kami memang berharap dengan bantuan saudara mara yang ada di kampung untuk menjaga rumah dan hartabenda yang ditinggalkan. terima kasih banyak-banyak, hanya ALLAH jua yang dapat membalas jasa baik anda semua.

majlis doa selamat dan makan-makan sempena menyambut kepulangan Abah dan Bunda berakhir sebelum tengah malam. buah tangan dari tanah suci Mekah dan Madinah (Air Zamzam, kacang-kacang, buah-buah kering, Kurma dan manisan) juga sempat dihidangkan dan dibuat bekal pulang untuk saudara mara yang datang.

sesi mengemas beg-beg Abah dan Bunda pula selesai jam 1:00 pagi. seronok dapat bersembang dengan Abah dan Bunda tentang pengalaman mereka di tanah suci. walau badan penat, tapi mata masih segar mendengarkan cerita-cerita pengajaran daripada kedua orang tua. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana masih berkesempatan untuk meluangkan masa dengan mereka. oh ye, Abah dan Bunda agak susut, ketara sungguh perubahan tubuh badan mereke berdua. tapi yang penting both of them sihat walafiat, Alhamdulillah...
 
layan kopi luwak sambil menikmati udara segar pagi di kampung
untuk kali ni kami bercuti selama 4 hari 3 malam. cuti terakhir aku untuk tahun ini. sampai KK pada 18/10 dan terus balik ke kampung. sempat la meluangkan masa dengan Abah dan Bunda selama dua hari penuh.
sempat menjolok buah rambutan di depan rumah Atuk
itu rumah Atuk dan arwah Nenek tercinta :)
puas hati dapat makan buah rambutan tanaman Atuk. manis yo!
Air Zamzam
Alhamdulillah, setiap hari ada tetamu datang berkunjung menziarah Abah dan Bunda
hari Rabu, 21/10 adalah hari kami perlu kembali ke KL. sedih nak meninggakan orang tua tapi apakan daya, tuntutan kerjaya katanya. kali ni kami memilih untuk menaiki bas dari Sipitang ke Kota Kinabalu. selalunya kami akan drive ke KK bersama Abah dan Bunda, kemudian Abah dan Bunda bermalam di KK sebelum pulang semula ke kampung. tak sampai hati pulak nak menyusahkan mereka yang masih kepenatan. jadinya, mari naik bas.
bas kami dari Sipitang ke Kota Kinabalu bertolak pada jam 10 pagi
tambang pun murah je, RM18.00 per passenger
itu adalah stesyen keretapi Beaufort :)
perjalanan dari Sipitang ke Kota Kinabalu mengambil masa sekitar dua jam setengah hingga ke tiga jam. Alhamdulillah, perjalanan bas kami selesa dan sempat juga kami melelapkan mata sementara menunggu tiba di KK.
setibanya di KK, adik Yat dan isteri datang menjemput kami di stesyen bas. singgah sekejap shopping di Pasar Philippines dan seterusnya lunch sebelum ke dihantar ke KKIA. sampai di KKIA sekitar jam 2:00 petang bermakna ada 3 jam lagi masa menunggu sebelum berlepas.
 
kita minum dulu!
hello Captain! :)
thank you MAS and see you again next year InshaALLAH
 flight kali ni adalah flight terakhir kami selepas lebih sepuluh kali turun naik flight pada tahun ini.  terima kasih MAS untuk setiap layanan mesra yang telah diberikan :)
 tahun ni tahun kami penat terbang ke sana sini dan tahun di mana cuti tahunan aku pun nyawa-nyawa ikan, hahah. serious, cuti tahunan aku tinggal ciput sangat. tahun poket dan tabung koyak rabak juga, huhuh. memang pecah rekod lah. namun, semuanya dilakukan demi keluarga tercinta, demi Abah dan Bunda yang tiada gantinya. well, demi keluarga kita sanggup lakukan apa saja kan? ;)
 Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan kami dan keluarga, sama ada untuk yang telah kami rancang elok-elok mahupun untuk perkara yang tiba-tiba muncul dan perlu dilaksanakan. semoga ALLAH terus memilih kita untuk mendapat syafaatNYA dan sentiasa mempermudahkan urusan kita di dunia ini dan seterusnya di akhirat kelak. inshaALLAH, Aamiin...

terima kasih sudi baca dan layan gambar-gambar yang tidak seberapa ini. terima kasih kerana sudi mampir di sini. sehingga ketemu lagi di entry yang akan datang, jaga hati jaga diri. cau beddah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...