Wednesday, December 30, 2015

jom daftar Tune Talk Tone Excel sekarang!

saya pengedar simcard Tune Talk Tone Excel (TTTE)
(ID pengedar : 1058018)

klik link ini untuk tahu lebih lanjut : http://hasil100fb.com/1058018
dan juga link ini untuk lebih banyak info : http://hasil100fb.com/main.php?r=1058018

kenapa saya join program TTTE ni???
KERANA
bila saya reload @ topup = saya dibayar!

dan apabila saya rujuk kepada orang lain;
(1) apabila mereka join = saya dibayar!
(2) apabila mereka reload @ topup = saya dibayar!
(3) apabila mereka rujuk kepada orang lain dan orang lain itu reload @ topup = saya dibayar!

sebagai permulaan, bayaran yang saya sudah terima tak lah banyak mana. bayaran pertama yang saya terima bulan lepas (Nov 2015) hanyalah RM37.00. walaupun tak banyak mana, tapi saya happy sebab ada payment masyukkk... sikit-sikit; lama-lama jadi bukit, inshaALLAH :)

saya target, saya mendapat passive income setiap bulan. amboi! setiap bulan uolsss...

KERANA saya sendiri dan mereka-meraka yang sudah mendaftar TTTE ini akan reload @ topup handphone masing-masing setiap bulan, betul? semua orang guna handphone. nak guna handphone kena reload @ topup kredit setiap bulan, bukan? (kita bercakap tentang prepaid ye kengkawan) :)

selagi kita reload @ topup, selagi itulah kita akan dapat komisyen!

formulanya senang je;
(a) komisyen akan masyuk, selagi dan selama mana kita reload @ topup handphone.

(b) komisyen akan masyuk, selagi dan selama mana downline-downline kita reload @ topup handphone.

apa tunggu lagi??? ini peluang bisnes. modal hanya RM95.40 bagi setiap pendaftaran.

Simkad Pra-Bayar (prepaid) Tone Excel
(1) Harga sekeping RM95.40
(2) di dalam simcard ada kredit sebanyak RM30.00 - PERCUMA
(3) data Internet PERCUMA 1G untuk 30 hari.
(4) ia menggunakan line daripada Tune Talk iaitu anak syarikat Tone Group.
(5) reload @ topup menggunakan Tune Talk sahaja.

nak tahu lebih lanjut? berminat? nak daftar?
sila sms/whatsapp @ call saya terus di 019-377 5747 (Alinx Salina)

inshaALLAH, saya akan guide sampai kita sama-sama berjaya ;)

antara 8 benefits yang diberikan oleh syarikat untuk program Tone Excel ni

jangan tunggu lama-lama... jom jana passive income!

#tunetalk #toneexcel

terima kasih sudi baca. jaga hati jaga diri ye. cau beddah!

banyaknya entry peram!

aduhhh... kok begini jadinya...

ada beberapa entry peram. sikit je tapi liatnya nak menulis, aduhhh...

1) the villas
2) cerita raya + sutera harbour
3) Bali

ermmm... nanti lah, pelan-pelan :P

till then, jaga hati jaga diri. cau beddah!

Wednesday, December 23, 2015

adik saya dah jadi suami orang

lagi sejenis entry yang sudah lama diperam. huhuhu...

saja nak share kegembiran kami sekeluarga, berita gembira Bunda + Aabah menerima menantu perempuan yang baru. menantu ke-3 dalam keluarga kami = keluarga S (nama kami sekeluarga, bunda + abah + kami adik beradik semuanya bermula dengan huruf S).

sebenarnya kehadiran kami suami isteri pun dikira last minute. seminggu dua sebelum majlis baru kami memutuskan untuk hadir di majlis adik Yat. ikut plan asal, hanya Bunda + Abah saja yang akan hadir. adik beradik lain tak dapat nak meraikan bersama atas kekangan $$$ dan cuti.

saya dan suami bertemu Bunda + Abah di airport Sandakan pada pagi 29 Mei 2015 (Jumaat). Bunda + Abah bertolak dari airport BKI, manakala aku + suami bertolak dari KUL. yep, hanya kami ber-4 yang dapat datang ke majlis adik Yat. syukur adik Yat memahami keadaan adik beradik dan saudara mara yang lain yang tak dapat berkumpul bersama. kebetulan pulak, kenduri kahwin sepupu perempuan kami dijadualkan seminggu selepas majlis adik Yat.

malam pertama di Sandakan, kami menginap di Sandakan Hotel. check-in seperti biasa, kemudian kami berehat sementara menanti majlis nikah adik Yat selepas solat Isyak. sempat la curi masa nak bermanja-manja dengan kedua orang tua. jarak jauh memisahkan kami anak beranak, makanya apabila bertemu bertentang mata, haruslah digunakan masa yang ada sebaik mungkin.

Bunda + adik Yat
the pelamin
Alhamdulillah, sudah sah :)
usai majlis nikah dan makan-makan, kami meminta izin untuk bergerak balik ke hotel. oh ye, rombongan keluarga kami diiringi rombongan kawan-kawan adik Yat, jadinya memang meriah la rombongan pengantin lelaki. terima kasih lah kepada kawan-kawan adik Yat. memang semangat setiakawan sungguh. sanggup drive jejauh datang nak gembirakan adik Yat, heheh.

keesokannya, majlis bersanding di rumah pengantin perempuan selepas solat Zuhur. pengantin lelaki nak bersiap tak lama mana pun, tapi meriahnya macam nak pecah bilik hotel hahaha. terhibur dengan gelagat adik-adik ni. macam pesta jadinya.
adik Yat dan kawan-kawan seperjuangan dan geng band muziknya
OK, ni gambar sopan sikit hahah
lain padang, lain belalangnya. lain lubuk, lain ikannya... wah gitu sangat. tapi memang betul la. adat budaya berbeza mengikut bangsa atau etniknya. begitu juga budaya kaum Bajau. unik dan meriah macam majlis keramaian besar. pengalaman yang menarik untuk kami.
selamat pengantin baru!
selepas majlis bersanding dan makan-makan, kami meminta diri untuk beransur. untuk malam ke-2 di Sandakan, kami menginap pula di Four Points by Sheraton Sandakan. saja pindah-pindah hotel, suka-suka dan nak bagi adik Yat dan kawan-kawan seronok sikit melepak di hotel lain.
after breakfast with the newly wed couple
beautiful morning of Sandakan town view from our room
thank you Sandakan for your beautiful weather and scenery. rasa tenang dan bersihnya udara di Sandakan. hanya 2 malam kami di sini, 31 Mei sudah terbang pulang ke KUL. the 3rd aka final reception ialah pada malamnya di Sabah Hotel, Sandakan. Alhamdulillah, semua ketiga-tiga majlis berjalan lancar dan seharusnya memberikan pengalaman yang manis dan indah buat kedua mempelai.


buat adik Yat dan isteri;
"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."
(Dalam bahasa Arab: Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair).

terima kasih sudi mampir dan sudi baca entry kali ini. jaga hati, jaga diri selalu... cau beddah! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...