Wednesday, December 23, 2015

adik saya dah jadi suami orang

lagi sejenis entry yang sudah lama diperam. huhuhu...

saja nak share kegembiran kami sekeluarga, berita gembira Bunda + Aabah menerima menantu perempuan yang baru. menantu ke-3 dalam keluarga kami = keluarga S (nama kami sekeluarga, bunda + abah + kami adik beradik semuanya bermula dengan huruf S).

sebenarnya kehadiran kami suami isteri pun dikira last minute. seminggu dua sebelum majlis baru kami memutuskan untuk hadir di majlis adik Yat. ikut plan asal, hanya Bunda + Abah saja yang akan hadir. adik beradik lain tak dapat nak meraikan bersama atas kekangan $$$ dan cuti.

saya dan suami bertemu Bunda + Abah di airport Sandakan pada pagi 29 Mei 2015 (Jumaat). Bunda + Abah bertolak dari airport BKI, manakala aku + suami bertolak dari KUL. yep, hanya kami ber-4 yang dapat datang ke majlis adik Yat. syukur adik Yat memahami keadaan adik beradik dan saudara mara yang lain yang tak dapat berkumpul bersama. kebetulan pulak, kenduri kahwin sepupu perempuan kami dijadualkan seminggu selepas majlis adik Yat.

malam pertama di Sandakan, kami menginap di Sandakan Hotel. check-in seperti biasa, kemudian kami berehat sementara menanti majlis nikah adik Yat selepas solat Isyak. sempat la curi masa nak bermanja-manja dengan kedua orang tua. jarak jauh memisahkan kami anak beranak, makanya apabila bertemu bertentang mata, haruslah digunakan masa yang ada sebaik mungkin.

Bunda + adik Yat
the pelamin
Alhamdulillah, sudah sah :)
usai majlis nikah dan makan-makan, kami meminta izin untuk bergerak balik ke hotel. oh ye, rombongan keluarga kami diiringi rombongan kawan-kawan adik Yat, jadinya memang meriah la rombongan pengantin lelaki. terima kasih lah kepada kawan-kawan adik Yat. memang semangat setiakawan sungguh. sanggup drive jejauh datang nak gembirakan adik Yat, heheh.

keesokannya, majlis bersanding di rumah pengantin perempuan selepas solat Zuhur. pengantin lelaki nak bersiap tak lama mana pun, tapi meriahnya macam nak pecah bilik hotel hahaha. terhibur dengan gelagat adik-adik ni. macam pesta jadinya.
adik Yat dan kawan-kawan seperjuangan dan geng band muziknya
OK, ni gambar sopan sikit hahah
lain padang, lain belalangnya. lain lubuk, lain ikannya... wah gitu sangat. tapi memang betul la. adat budaya berbeza mengikut bangsa atau etniknya. begitu juga budaya kaum Bajau. unik dan meriah macam majlis keramaian besar. pengalaman yang menarik untuk kami.
selamat pengantin baru!
selepas majlis bersanding dan makan-makan, kami meminta diri untuk beransur. untuk malam ke-2 di Sandakan, kami menginap pula di Four Points by Sheraton Sandakan. saja pindah-pindah hotel, suka-suka dan nak bagi adik Yat dan kawan-kawan seronok sikit melepak di hotel lain.
after breakfast with the newly wed couple
beautiful morning of Sandakan town view from our room
thank you Sandakan for your beautiful weather and scenery. rasa tenang dan bersihnya udara di Sandakan. hanya 2 malam kami di sini, 31 Mei sudah terbang pulang ke KUL. the 3rd aka final reception ialah pada malamnya di Sabah Hotel, Sandakan. Alhamdulillah, semua ketiga-tiga majlis berjalan lancar dan seharusnya memberikan pengalaman yang manis dan indah buat kedua mempelai.


buat adik Yat dan isteri;
"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."
(Dalam bahasa Arab: Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair).

terima kasih sudi mampir dan sudi baca entry kali ini. jaga hati, jaga diri selalu... cau beddah! ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...